IMAM Prihatin Nasib Mak Yam Mangsa Rumah Dirobohkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP)

By 00:56


IMAM dalam Siri Jelajahnya ke Pulau Pinang telah dikejutkan dengan berita tentang Mak Yam sebuah keluarga yang telah dianiaya oleh jirannya sehingga Majlis Perbandaran Pulau Pinang mengambil tindakan merobohkan bahagian hadapan rumah Mak Yam.

Ahli jawatankuasa Pusat IMAM yang kebetulab berada di sana telah mengambil keputusan untuk melawat keluarga Mak Yam sambil menghulurkan sedikit bantuan berupa barangan keperluan asas bagi meringankan sedikit beban keluarga tersebut.


Menurut cerita Mak Yam, bahagian hadapan rumahnya telah dirobohkan oleh MPPP ketika beliau tiada di rumah, beliau yang baru balik dari pasar terkejut dan berasa amat sedih apabila melihat rumah yang didiaminya sekian lama dirobohkan begitu saja tanpa pengetahuannya.

Rumah tersebut adalah rumah pusaka milik keluarga dan Mak Yam diberikan amanah untuk menjaga rumah tersebut dan tinggal bersama anaknya yang kurang upaya (OKU).

Seperti yang dilaporkan oleh media-media utama, rumah Mak Yam dirobohkan disebabkan oleh pembinaan bahagian hadapan rumahnya yang tidak mengikut peraturan.

Persoalannya, mengapa perlu MPPP mengambil tindakan tergesa-gesa merobohkan rumah tersebut tanpa berbincang dengan keluarga Mak Yam dahulu?.

Memang benar beliau salah tetapi dimana letaknya sifat perikemanusiaan dan hak asasi manusia yang dilaungkan oleh kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat selama ini?.

Adakah kerana Mak Yam orang tu yang berdaya maka beliau diperlakukan sedemikian rupa?.


Ada benar kata Cikgu Rosli selaku JKKK kawasan tersebut, "berbincang dulu dan kalau sudah tidak dapat dielak maka robohlah, tapi berilah masa untuk Mak Yam mengalih barang dan peralatan yang ada lepas tu roboh la kalau nak roboh'" katanya.

Terlalu banyak yang tersembunyi dalam tragedi ini yang menjadi tanda tanya mengapa rumah Mak Yam saja yang diroboh sedangkan banyak lagi rumah lain yang juga membuat sambungan di hadapan.

Yang paling pelik bila tanpa sebarang notis, pemberitahuan atau amaran dengan tiba-tiba arahan roboh dikeluarkan.


Apa sebenarnya yang sedang berlaku?.. mengapa tindakan terburu-buru ini diambil?.. apa muslihat MPPP?.. apa salah Mak Yam?... dan banyak lagi persoalan yang perlu dijawab.

Mak yam perlukan pembelaan dan bantuan, Cikgu Rosli selaku JKKK kawasan juga merayu agar ada pihak membantu keluarga Mak Yam. 

Insyaallah IMAM akan ke sana lagi dan membantu apa yang perlu mengikut kemampuan pertubuhan dan kepada sesiapa yang berniat untuk membantu.. marilah bersama kami.

IMAM akan umumkan bila rancangan dan dana yang perlu sudah mencukupi dan kepasa sesiapa yang sudi bersama amatlah kami hargai. 

Takziah buat keluarga Mak Yam... 

You Might Also Like

0 comments