SOKONG PENGUATKUASA JAIS RAMPAS BIBLE BAHASA MELAYU

By 22:00

 

Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bernaung di dalam NGO Negeri Selangor dengan ini menyatakan sepenuh sokongan terhadap tindakan pihak Penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) yang bertindak menguatkuasakan Enakmen Syariah Negeri Selangor selari dengan Titah Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Sultan Selangor selaku Ketua Negeri dan Ketua Agama Islam.

Kepimpinan NGO juga yakin dan percaya bahawa tindakan yang dilakukan itu adalah berdasarkan peruntukan perundangan yang menjadi bidang kuasa JAIS dan pihak penguatkuasa bertindak berdasarkan keperluan penguatkuasaan undang-undang tanpa dipengaruhi oleh campurtangan mana-mana parti politik.

Justeru, Kepimpinan NGO Selangor mahukan agar proses penguatkuasaan sentiasa dijalankan mengikut peruntukan perundangan sedia ada, istiqomah untuk mempertahankan kesucian islam dan menangani segala usaha yang boleh menggugat kedudukan serta kesucian islam dan menangani segala usaha yang boleh menggugat kedudukan serta kesucian agama Islam dengan sebaiknya.

Kepimpinan NGO akan sentiasa berdiri teguh dibelakang DYMM Tuanku Sulatn Selangor selaku Ketua Agama Islam supaya akan terus menjadi tempat rakyat bergantung harap agar syiar islam terus terpelihara, disanjungi lagi dijunjung.

Dalam pada masa yang sama kepiminan NGO mengutuk sekeras-kerasnya sikap YAB Dato' Menteri Besar Selangor yang dilihat sebagai berkepentingan politik dan tidak memperdulikan Agama Islam di Negeri Selangor. Kami juga menyelar YAB Dato' Menteri Besar Selangor kerana memperlekehkan dan mempermainkan Aku Janji yang telah dilafazkan di hadapan DYMM Tuanku Sultan Selangor semasa majlis mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua.

Kepimpinan NGO juga berharap agar Kerajaan Negeri Selangor tidak mempolitikkan isu Pengunaan Kalimah Allah oleh pihak gereja serta tindakan JAIS merampas cetakan Kitab Bible Bahasa Melayu sehingga menafikan peruntukan perundangan yang sedia ada. Selagi mana Penguatkuasaan adalah mengikut peruntukan perundangan, maka semua pihak mesti menghormatinya.

Kepimpinan NGO mendesak agar pihak JAIS dan PDRM harus menyiapkan laporan siasatan denan segera dan mendakwa Paderi Lawrence Andrew kemuka keadilan.

Kepimpinan NGO juga bersedia untuk berganding bahu dengan pihak JAIS bagi memastikan sebarang usaha bagi menjaga kesucian Islam dan memertabatkan syariat Islam dijalankan secara serius dan berterusan.

PENGERUSI SEKRETARIAT
DATO’ JAMAL MD YUNUS












You Might Also Like

0 comments