Sunday, 18 November 2012

IMAM Prihatin Nasib Mak Yam Mangsa Rumah Dirobohkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP)


IMAM dalam Siri Jelajahnya ke Pulau Pinang telah dikejutkan dengan berita tentang Mak Yam sebuah keluarga yang telah dianiaya oleh jirannya sehingga Majlis Perbandaran Pulau Pinang mengambil tindakan merobohkan bahagian hadapan rumah Mak Yam.

Ahli jawatankuasa Pusat IMAM yang kebetulab berada di sana telah mengambil keputusan untuk melawat keluarga Mak Yam sambil menghulurkan sedikit bantuan berupa barangan keperluan asas bagi meringankan sedikit beban keluarga tersebut.


Menurut cerita Mak Yam, bahagian hadapan rumahnya telah dirobohkan oleh MPPP ketika beliau tiada di rumah, beliau yang baru balik dari pasar terkejut dan berasa amat sedih apabila melihat rumah yang didiaminya sekian lama dirobohkan begitu saja tanpa pengetahuannya.

Rumah tersebut adalah rumah pusaka milik keluarga dan Mak Yam diberikan amanah untuk menjaga rumah tersebut dan tinggal bersama anaknya yang kurang upaya (OKU).

Seperti yang dilaporkan oleh media-media utama, rumah Mak Yam dirobohkan disebabkan oleh pembinaan bahagian hadapan rumahnya yang tidak mengikut peraturan.

Persoalannya, mengapa perlu MPPP mengambil tindakan tergesa-gesa merobohkan rumah tersebut tanpa berbincang dengan keluarga Mak Yam dahulu?.

Memang benar beliau salah tetapi dimana letaknya sifat perikemanusiaan dan hak asasi manusia yang dilaungkan oleh kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat selama ini?.

Adakah kerana Mak Yam orang tu yang berdaya maka beliau diperlakukan sedemikian rupa?.


Ada benar kata Cikgu Rosli selaku JKKK kawasan tersebut, "berbincang dulu dan kalau sudah tidak dapat dielak maka robohlah, tapi berilah masa untuk Mak Yam mengalih barang dan peralatan yang ada lepas tu roboh la kalau nak roboh'" katanya.

Terlalu banyak yang tersembunyi dalam tragedi ini yang menjadi tanda tanya mengapa rumah Mak Yam saja yang diroboh sedangkan banyak lagi rumah lain yang juga membuat sambungan di hadapan.

Yang paling pelik bila tanpa sebarang notis, pemberitahuan atau amaran dengan tiba-tiba arahan roboh dikeluarkan.


Apa sebenarnya yang sedang berlaku?.. mengapa tindakan terburu-buru ini diambil?.. apa muslihat MPPP?.. apa salah Mak Yam?... dan banyak lagi persoalan yang perlu dijawab.

Mak yam perlukan pembelaan dan bantuan, Cikgu Rosli selaku JKKK kawasan juga merayu agar ada pihak membantu keluarga Mak Yam. 

Insyaallah IMAM akan ke sana lagi dan membantu apa yang perlu mengikut kemampuan pertubuhan dan kepada sesiapa yang berniat untuk membantu.. marilah bersama kami.

IMAM akan umumkan bila rancangan dan dana yang perlu sudah mencukupi dan kepasa sesiapa yang sudi bersama amatlah kami hargai. 

Takziah buat keluarga Mak Yam... 

Monday, 12 November 2012

Siri Jelajah IMAM ke Utara Tanahair


IMAM telah memulakan Siri Jelajah Pertamanya di Utara Tanahair pada 9hb - 11hb November 2012 merangkumi 2 negeri iaitu Pulau Pinang dan Perak.

Dalam Siri Jelajah tersebut IMAM telah bertemu dengan beberapa NGO di 2 buah negeri tersebut.

Di Pulau Pinang IMAM telah bertemu dengan wakil dari Persatuan Muka Buku dan beberapa Sahabat IMAM di sana yang aktif menggerakkan NGO.

Bersama Sahabat IMAM di Pulau Pinang
Manakala Di Perak IMAM telah bertemu dengan wakil kepimpinan PERKASA dan pengerak NGO di Perak.

Bertemu Kepimpinan dan NGO Perak
Dalam Pertemuan tersebut IMAM telah berbincang tentang bebrapa perkara tentang pergerakan yang akan dibuat dan matlamat IMAM kesana. Alhamdulillah perbincangan telah berjalan dengan baik dan lancar.

Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan menyambut IMAM dengan baik dan mesra. 

Semoga apa yang telah dibincangkan akan dilaksanakan dan mendapat manfaat yang baik.


Wednesday, 26 September 2012

IMAM Membantah Keras Filem & Karikatur Menghina Nabi


Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM) amat kesal dengan sikap segelintir pihak yang sengaja menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama.

IMAM dengan ini membantah keras filem "Innocence of Muslims" dan tindakan sebuah majalah Perancis, "Charlie Hebdo" menerbitkan kartun memaparkan Nabi Muhammad S.A.W dalam keadaan bogel.

Dalam apa keadaan sekalipun, perkara ini tidak harus berlaku bagi mengelakkan ketegangan antara agama dan kaum yang kemudiannya boleh membawa kepada kemusnahan yang besar dan merugikan semua pihak.

Oleh itu, semua pihak harus memandang berat perkara seperti ini terutamanya di dalam negara kita Malaysia yang aman dan damai ini.

Semua kaum harus faham keadaan dan sensitiviti kaum lain, begitu juga dalam hal agama demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan yang telah kita semai sekian lama.



Sunday, 9 September 2012

Pindaan Nama Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia

Selepas beberapa minggu Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia ditubuhkan, satu mesyuarat Agung Khas telah diadakan bangi membincangkan semula nama pertubuhan yang dianggap tidak sesuai dengan matlamat sebenar pertubuhan ini.

Pertubuhan ini ditubuhkan atas dasar amal bagi membantu golongan yang memerlukan disamping mencari jalan alternatif lain bagi menambah baik ekonomi, pendidikan dan sosial hidup masyarakat dari golongan yang kurang berkemampuan.

Oleh yang demikian, ahli mesyuarat telah sebulat suara mencadangkan nama pertubuhan ini dipinda kepada Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia sesuai dengan matlamat penubuhannya.

Permohonan pindaan telah dibuat dan telah mendapat kelulusan pada 07 haribulan September 2012.

Berikut adalah surat iringan yang telah dihantar melalui online oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.



Surat Dan Kelulusan Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia

Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia telah diluluskan penubuhannya pada 16 haribulan Ogos 2012.

No Pendaftaran: PPM-013-10-16082012

Beralamat di: No 54, Jalan TAsik, Kg Tanjung Keramat, 45 000 Kuala Selangor, Selangor.

Berikut dilampirkan salinan surat dan sijil kelulusan pertubuhan seperti yang diberi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.